1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga maupun untuk dijual.
2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah
siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan
lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah
menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.
3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai shalat.’
4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka
Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang
kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku
puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah
baginda.
5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul
isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah
dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku
menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?’
6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,
kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah
hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun
menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa
kesombongan.
8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun
dalam kesendiriannya.
9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus
beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak.
10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku
telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab
baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi
hamba-Nya yang bersyukur.’